Anda boleh mempromosi laman web atau blog anda dengan beberapa cara. Di sini diterangkan beberapa cara sahaja, antaranya dengan menggunakan laman web iklan percuma atau berbayar, pengiklanan secara offline.. atau yg paling top sekarang dengan menggunakan youtube
Laman web iklan percuma.
http://www.classifiedsmalaysia.com
http://classifieds.malaysiakini.com/
Promosi Berbayar
(Anda boleh abaikan bahagian ini jika tidak mahu mengeluarkan modal) Saya pasti selepas anda praktikan teknik percuma anda sepatutnya telah ada modal untuk iklan berbayar. Iklan berbayar lebih baik kerana dapat memberi keuntungan yang lebih cepat dan banyak. Antara laman web yang menawarkan iklan berbayar dan memberi pulangan tinggi antaranya.
Ini antara senarai laman web iklan berbayar, agak mahal tapi berbaloi untuk jangka panjang. Untuk beriklan di laman – laman ini saya cadangkan kumpul modal dulu hasil dari promosi percuma anda. Seperti contoh di bawah adalah iklan di Bharian.com.my untuk iklan text. Harga seminggu siaran adalah RM150. Iklan text pada masa ini mendapat sambutan yang amat banyak sehingga melebihi 50 iklan di senaraikan dalam sehari.
Promosi Offline
Edaran Risalah.
Anda boleh menulis iklan dalam kotak kecil dengan ayat iklan pilihan anda.Cetak risalah ini mengikut jumlah yang anda mahu. Edarkan di sekitar tempat tinggal anda dan di mana mana yang anda fikirkan sesuai. Seperti yang kita biasa dapat risalah di edarkan dari rumah ke rumah dengan memasukan ke dalam peti surat. Ada juga risalah di edarkan ke kenderaan seperti kereta dan motosikal. Anda boleh edarkan di mana – mana yang anda fikirkan sesuai. Anda di galakan mencipta risalah yang lebih menarik supaya dapat menarik lebih ramai bakal pelangan anda nanti. Iklan Media Cetak. Iklan di surat khabar juga berkesan dan dapat menghasilkan feedback yang cepat. Anda boleh iklankan di akhbar – akhbar harian seperti Harian Metro, Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo dan lain lain. Akhbar – akhbar minggu seperti Warta Perdana, Media Terkini dan banyak lagi akhbar mingguan di pasaran. Kos akhbar harian di antara RM100 – RM200 seminggu dan akhbar mingguan di antara RM50 – RM100 untuk satu keluaran.
Promosi Dengan YOUTUBE
Mempromosikan iklan anda menggunakan “Youtube”.
Kaedah ini adalah amat berkesan sekali. Bayangkan jika youtube yang anda masukkan itu ditonton oleh beribu-ribu orang. Sila lihat contoh YOUTUBE di bawah: